Monday, 9 October 2017

Kek blueberry cheese





Bahan bahan:

110 GRAM BUTTER - di cair kan
200 GRAM BISKUT OREO

1. gaul kan biskut yg telah di pecah kan bersama butter
2. masuk dlm loyang dan tekan² kannn ketepi kannn

FILLING
500 GRAM CREAM CHEESE
30 GRAM BUTTER
120 GRAM GULA KASTOR
30 GRAM TEPUNG JAGUNG
200 ML WHIPPING CREAM
4 BIJI TELUR

1. Mix bahan² filling smpi sebati tuang dlm loyang yg ada base biskut td..waterbath( bakar secara kukus letak loyang cheese dlm dulang berisi air panas dan masuk dlm oven )
2. Bakar dlm 1jam ,160°c or bergantung oven masing2
3. Lepas sudah masak biarkan dlm15 minit dlm oven dlm keadaan pintu terbuka
4. lepas tu baru keluar kan and sejuk kan dlm freezer semalaman or klo x tahan lepas 3 jam..

TOPPING terpulang anda nak buat strawberry ,chocolate apa² je(sy suka bluberry seperti diatas)

Mango Mousse Cake


Masa penyediaan: 1jam 15min


Bahan A :

  • 65gm butter dicairkan / minyak jagung - ketepikan
Bahan B :

  • 100gm self-rasing flour - resepi asal gunakan tepung gandum je pun boleh
  • 20gm tepung jagung
  • 1 cmt baking powder
- Ayakkan kesemua bahan diatas sebanyak 5X. ...ketepikan.

Bahan C :

  • 4 biji telur saiz B... saiz A pun boleh memandangkan kebiasaannya kita akan membuang tali pusat dan dll dari bahagian putih telur.
  • 120gm gula kastor
  • 1 cmb ovalette
  • 1 cmb mayonaise - Mama gunakan yang resepi asli jenama Lady's Choice..


  1. Sediakan loyang bersaiz 9" - TANPA perlu diglis, letakkan sekeping baking sheet di laipsan bawah dalam loyang.
  2. Panaskan oven 160'C ..ikut oven masing-masing
  3. Pukul bahan-bahan C hingga menjadi putih gebu dalam lebih kurang 15 min.
  4. Masukkan bahan-bahan B yang telah diayak perlahan-lahan dan pukul lagi selama kira-kira 2-3 min.
  5. Masukkan mentega cair atau minyak jagung (bahan A) dan pukul lagi selama kira-kira 2-3 min.
  6. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar selama 40 min...atau hingga masak.
  7. Bila dah masak keluarkan loyang perlahan-lahan dan sejukkan sebentar.
  8. Bila dah nampak bahagian tepi kek dah sedikit tertanggal dari loyang, scrap tepi kek dan keluarkan kek dan sejukkan di atas redai.
  9. Sponge cake yang dah ssejuk dipotong bahagian kulit atasnya.. dan kemudian dipotong 2 seperti di bawah... dan ketepikan. - Nak potong kepada 3 lapisan pun boleh...


Bahagian 2 :
Resepi Mango Mousse ni pula Mama ambik dari olahan K.Nor@ Secubit Garam

Olahan resepi ; K.Nor@Secubitgaram
Resepi asal :  Strawberry Mousse Yani@myresepi.


  • 100ml air panas
  • 2 cmb serbuk gelatin
  • 200gm mangga
  • 70gm gula
  • 200l fresh cream atau whipping cream
  • 1 cmb jus lemon



  1. Taburkan serbuk gelatin dia atas permukaan air panas dan kacau. Jika masih nampak ketul-ketulan gelatin, panaskan secara double boiler.
  2. Kisar mangga, gula dan fresh cream / whipping cream
  3. Masukkan campuran gelatin dan jus lemon dan kacau lagi
  4. Put aside.
Proses melapiskan mousse...
  • Alaskan sekeping baking sheet  dan letak di dalam loyang 8" yang boleh ditanggal tepinya atau yang boleh ditanggal lapisan bawahnya. bagi memudahkan proses mengeluarkan kek yang dah siap nanti....hanya di lapisan bawah... 
  • Ambil selapis sponge cake dan letakkan di atas baking sheet di dalam loyang 8" itu tadi.
  • Tuangkan separuh dari adunan mousse dan ratakan permukaanya. 
  • Letakkan sekeping lagi lapisan kek dan diikuti dengan separuh lagi adunan mousse.
  • Tutup loyang dengan plastic cling dan sejukkan dalam peti sejuk semalaman.
* Kalau nak buat tiga lapisan kek juga boleh. Susunnya nanti ialah : 
   Kek > Mousse > Kek > Mousse > Kek


Bahagian 3 : 
Manggo Mirror Layer ni resepi dari blog Koleksi Resepi Mamalieza . Bahan ini perlu disediakan bila kek sudah bersedia di sejukkan di dalam peti sejuk.

Bahan-bahannya Mango Mirror Layer :
50 l air panas
1 cmb serbuk Halalgel Gelatine
150gm manggo puree
Hirisan mangga utk hiasan


  1. Taburkan serbuk gelatin ke atas permukaan air...biarkan seminit dua.
  2. Kacau campuran gelatin ini
  3. Panaskan secara double boiler sambil dikacau agar gelatin betul2 hancur di dalam air dan tidak berketul2. Kemudian set aside. 
  4. Masukkan manggo puree dan kacau lagi..

Kek Marble Gebu



Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz/227gm mentega
6 oz/170gm tepung gandum
6 oz/170gm gula kaster
5 biji telur dari fridge
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko -diayak (guna coklat emulco)

Cara cara:

Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega, susu dan esen vanilla hingga kembang.

Di dalam bekas lain, pukul putih telur hingga ringan lalu masukkan gula sedikit demi sedikit hingga adunan rata.

Masukkan telur kuning sebiji sebiji ke dalam adunan putih telur dan pukul hingga rata. Masukkan ovalette dan adunan mentega dan pukul lagi hingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul satu arah. Apabila rata bahagikan adunan kpd beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.

Tuang adunan ke dalam loyang 8 in persegi secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 


Nota:
Kalau menggunakan mesin, jgn diberhentikan semasa sedang mengadun. Jika mengunakan tangan, harus pukul lebih lama sedikit krn adunan mesti kembang dan rata.

Jika menggunakan cara biasa, telur tidak perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk kerana ia susah sebati dengan adunan mentega

Sunday, 8 October 2017

Kek Tiramisu Coklat

Masa penyediaan: 1jam 


Bahan-bahan
36 batang – lady finger
450grm – mascarpone
5 biji – telur kuning gred A
5 biji – telur putih gred A
150grm – gula
2 sudu kecil – esen vanilla
Nescafe Pekat
Garam – secubit
Cara-cara
1. Pukul putih telur dengan secubit garam hingga bertanduk .
2. Dalam bekas lain pukul kuning telur dan gula separuh gebu , masukkan pula mascarpone dan pukul sebentar .
3. Masukkan putih telur yang sudah dipukul tadi kedalam adunan kuning telur dan pukul lagi sehingga gebu dan berkrim , jangan lupa masukkan sekali esen vanilla .
4. Bancuh nescafe tanpa gula dengan sedikit air suam celup cepat kedua belah biskut lady finger kedalam bancuhan nescafe kemudian susun kedalam bekas.
5. Lapiskan dengan adunan krim dan lapiskan secara berselang seli sehingga biskut dan krim habis
6. Akhiri lapisan dengan krim , tabur serbuk koko ke atas krim dan taburkan dwi coklat cip keatasnya .
7. Simpan dalam peti ais semalaman untuk rasa yang lebih sedap dimakan…
Tips Tambahan
-Kalau takde  lady finger atau biskut khas untuk tiramisu,boleh gantikan dengan kuih bahulu ataupun kek span perasa kopi.
-Kalau taknak letak cip coklat boleh juga digantikan dengan hirisan buah-buahan
.



Sumber: https://saidila.com/2016/06/resipi-kek-tiramisu-mudah-dan-sedap.html/
 

Friday, 6 October 2017

Red Velvet anggun


Kategori: Pencuci Mulut / Minuman, Pastri (Roti & Kek)
Masa Penyediaan: 0 Jam 30 Minit
Hidangan: 6 Orang

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A
  • 250 g susu segar 
  • 1 sudu makan jus lemon 
  • 3 sudu teh cuka 
  • 150 g mentega 
  • 160 g gula perang 
  • 2 biji telur (gred A) 
  • 3 sudu makan pewarna merah
Bahan B (Diayak)
  • 300 g tepung gandum 
  • 1 sudu teh baking powder 
  • ½ sudu teh soda bikarbonat 
  • 30 g serbuk koko
Bahan C (Krim Keju)
  • 250 g krim keju 
  • 100 g mentega 
  • 120 g gula aising (diayak) 
  • 1 sudu makan jus oren Sunquick

Cara menyediakan dan memasak:

Cara Membuat Kek
  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet). 
  2. Gaul susu segar, jus lemon, dan cuka. Biarkan 10 minit. 
  3. Pukul mentega dan gula perang sehingga gebu. 
  4. Masukkan telur satu per satu dan pewarna merah. 
  5. Masukkan semua bahan B dan susu segar yang dicampurkan dengan jus lemon. Kacau rata. 
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang. 
  7. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 1 jam. 
  8. Sejukkan. Hiaskan dengan krim keju.
Cara Membuat Krim Keju
  1. Masukkan semua bahan C di dalam mangkuk dan pukul sehingga gebu. 
  2. Hiaskan di atas kek yang sudah disejukkan. 
  3. Sedia dihidangkan.

Kek Batik Mawar



Masa

Penyediaan: 10 minit | Memasak: 5 Minit | Keseluruhan: 15 minit
Jumlah Hidangan : 5


Bahan-Bahan:

  • 200 gram biskut marie
  • 125 gram mentega
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan serbuk milo
  • 1/4 cawan air
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • sedikit esen vanilla

Cara Penyediaan:

  1. Lapik tin berukuran 4 x 8 inci dengan plastic cling atau parchment paper.
  2. Di dalam periuk, masukkan semua bahan kecuali mentega dan biskut marie.Atas api yang perlahan kacau adunan menggunakan whisk sehingga menjadi pekat dan berbintil-bintil.
  3. Sendukkan adunan ke dalam tin sebagai lapisan asas, kemudian susun biskut marie sehingga menutupi permukaan adunan asas.
  4. Sendukan adunan coklat lagi hingga menutupi biskut marie kemudian susun lagi biskut marie atas lapisan tadi.
  5. Ulang step hingga adunan habis. Pastikan lapisan yang terakhir di atas adalah adunan coklat.Tutup permukaan adunan dengan plastic cling, dan letakkan dalam peti ais selama beberapa jam atau semalaman. Sedia untuk dipotong dan hidang.

Kek blueberry cheese

Bahan bahan: 110 GRAM BUTTER - di cair kan 200 GRAM BISKUT OREO 1. gaul kan biskut yg telah di pecah kan bersama butter 2. masuk...