Thursday, 28 September 2017

Oreo Cheesecake Yummy


Masa Penyediaan: 4 Jam Hidangan: 6 Orang


Bahan-bahan diperlukan:

  • 2 cawan Oreo hancur 
  • 1/4 cawan mentega cair 
  • 500g cream cheese 
  • 1/4 cawan gula 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 cawan whipping cream 
  • Oreo (dipotong kasar)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Gaul Oreo hancur dan mentega cair hingga sebati. 
  2. Tekankan dan padatkan ke dalam bekas kek. Simpan di dalam peti sejuk. 
  3. Dalam bekas yang disejukkan, pukul whipping cream hingga pekat dan kembang. 
  4. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula, dan esen vanilla. 
  5. Masukkan whipped cream dan gaul hingga sebati. 
  6. Masukkan Oreo dipotong kasar dan gaul. 
  7. Masukkan adunan ke dalam bekas kek berisi Oreo hancur dan mentega itu tadi. 
  8. Hias dengan kepingan Oreo dan sejukkan selama 4 jam. 
  9. Hidang!

Chocolate Moist Seri




Masa Penyediaan: 30 Minit | Memasak: 40 Minit | Keseluruhan: 70 minit
Jumlah Hidangan : 8
                          
                            

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu coklat dutch lady
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan 1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)
  • 3 biji telur

Cara Penyediaan:

Cara untuk kek:
  1. Ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik dan.asingkan
  2. Masukkan serbuk coklat, gula perang, susu coklat, minyak dan susu ke dalam periuk. Kacau dengan api yang perlahan sehingga gula larut. tutup api.
  3. Pukul telur dan masukkan ke dalam bancuhan no.2 di atas.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam bancuhan td...kacau sebati..
  5. Lumurkan marjerin pada loyang...masukkan adunan yang telah sebati..kukus selama 1 jam atau sehingga masak..
  6. Anggaran dalam satu jam, cucuk dengan garfu...kalau licin maknanya kek dah masak
Cara untuk topping:
  1. Cairkan 2 sudu marjerin..
  2. Casukkan 1 sudu serbuk coklat dan 3 sudu susu pekat mengikut selera masing-masing

Tips

  • Untuk hasil yang terbaik...lepas kek dah siap dikukus...keluarkan sekejap...terus letak topping...dan taburkan coklat rice...biarkan semalaman

Monday, 25 September 2017

Chewy Brownies Kedut


Masa:
 
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 45 minit | Keseluruhan: 60 minit 
Jumlah Hidangan : 6 orang

Bahan-Bahan:

  • 300g ketulan dark chocolate (coklat masakan)
  • 150g unsalted butter, potong kiub
  • 4 biji telur
  • 250g gula kastor
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 80g tepung naik sendiri (self-raising flour)
  • 20g serbuk koko
  • 2 sudu besar air bancuhan kopi
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan oven pada suhu 160°C. Griskan dulang berukuran 9x9 inci dengan butter dan lapik dengan kertas parchment atau kertas baking.
  2. Ayak tepung, serbuk koko dan garam. Ketepikan.
  3. Panaskan air sehingga mendidih dan cairkan ketulan coklat bersama unsalted butter menggunakan kaedah 'double boiler' atau 'bain marie'. Pastikan mangkuk yang digunakan adalah tahan panas dan bahagian bawah mangkuk tidak kena air mendidih.
  4. Apabila cair sepenuhnya, kacau sebati kemudian angkat dan ketepikan.
  5. Dalam mangkuk yang berasingan, pukul telur bersama gula dan esen vanilla sehingga sebati (anggaran 30 saat).
  6. Masukkan bancuhan coklat dan butter tadi, air bancuhan kopi dan kacau lagi sehingga licin dan sebati (anggaran 30 saat).
  7. Masukkan pula bahan ayak dan kacau sekata. Jangan kacau terlalu lama. Memadai jika adunan basah dan adunan kering sebati.
  8. Bakar di dalam oven selama 45-50 minit.

Tips

  • Telur yang digunakan haruslah pada suhu bilik supaya mudah sebati dan tidak berketul di dalam adunan. Jika telur sejuk, boleh direndam seketika di dalam air suam-suam kuku selama 10-15 minit.
  • Brownies sudah masak sempurna jika anda cucuk dengan lidi dan apabila ditarik keluar ia agak sedikit basah dan berketul di hujung. Jangan bakar sehingga kering kerana dia akan menjadi seperti tekstur kek.

Mango Cheese Cake Putri


Masa Penyediaan: 30minit


Bahan bahan:
  • 250 gram cream cheese
  • 200 ml whipping cream - disejukan (1 kotak kecil)
  • 200 gram biskut - saya gunakan biskut marie
  • 2 - 3 buah mangga - buang kulit dan dikisar isi kemudian potong dadu
  • 100 gram mentega - dicairkan
  • 125 ml air sulam
  • 50gram - 60 gram gula halus
  • 1 1/2 camca besar gelatin halal - saya gunakan NUR


Cara-caranya:


1. Hancurkan biskut marie menggunakan food processor kemudian masukan mentega yang sudah dicairkan tadi sedikit demi sedikit sehingga boleh mendapatkan bancuhan yang boleh dikepal.

2. Masukan campuran tadi kedalam tin springform berukuran 8 inci atau 20 cm kemudian tekan hingga padat dan masukan ke dala peti sejuk/ freezer

3. Sekarang putar cream cheese bersama gula halus hingga menjadi berkrim. selepas tu masukan puree mengga tadi dan putar hingga rata.

4. Dalam bekas berlainan putar whipping cream sampai mengembang dan masukan bancuhan keju tadi. gaul campuran tadi hingga rata boleh menggunakan spatula kemudian bila sudah rata ketepikan.

5. Air suam bancuh bersama gelatin halal. kacau hingga menjadi jernih dan larut. selepas tu tuang bancuhan kedalam cheese dan kacau hingga rata.

6. Masukan 1/2 buah mangga yang sudah di potong tadi dan gaul hingga rata. kemudian tuang kedalam tin yang disejukan kedalam dalam peti sejuk tadi dan ratakan.

7. Akhir sekali, simpan kembali ke dalam freezer selam lebih kurang 4 jam dan keluarkan dari tin kemudian hias atasnya dengan baki buah mangga dan kek keju siap dihidangkan.



Kek blueberry cheese

Bahan bahan: 110 GRAM BUTTER - di cair kan 200 GRAM BISKUT OREO 1. gaul kan biskut yg telah di pecah kan bersama butter 2. masuk...